Silent Hill

Silent Hill (サイレントヒル) ialah sebuah francais permainan video seram dicipta dan diterbitkan oleh Konami. Sejak tahun 2007, kebanyakan daripada judulnya dicipta oleh Team Silent, kecuali dua judul yang akan datang, iaitu Silent Hill: 0rigins, yang sedang dicipta oleh Studio Climax, dan Silent Hill V yang sedang dicipta oleh The Collective daripada Foundation 9 Entertainment.[1]Kini terdapat lima judul Silent Hill (permainan video), tiga daripadanya masih dalam proses penciptaan (meskipun satu daripada judulnya, Silent Hill: Play Novel, dikeluarkan secara eksklusif buat peminat di Jepun), setiap daripada mereka mendapat kritikan dan jualan yang hebat.[perlu rujukan] Kejayaan siri tersebut telah membawa kepada ciptaan beberapa buku komik, satu filem (dengan filem kedua di bawah produksi), dan penovelan.Gaya permainannya termasuklah elemen-elemen seram yang berulang-ulang, aksi, berjenis-jenis teka-teki, kawasan-kawasan yang ngeri, muzik latar belakang yang meremangkan bulu roma oleh penggubah lagu Akira Yamaoka, dan sebuah kisah kompleks yang didedahkan menerusi beberapa cut-scene sinematik dan dokumen-dokumen dan nota yang dijumpa semasa bermain. Teknik penceritaan setiap judul didedahkan seperti sebuah filem dengan beberapa pengakhiran atau penghujung yang boleh dikecapi; pilihan yang dibuat para pemain menentukan penghujung kepada kisah judul itu.